welcome and a very thank you

It's my simple blog to share stories that i through, i see, i heard, and i write using my imagination...Hope all of you enjoy reading it and give me comment whether it is good or not...because yesterday, today and tomorrow...i'm still a learner...so welcome to my blog and a very thank you for read my story...

Friday, August 5, 2011

Suamiku bukan mesin pencetak wang! - 2

Malam itu sekali lagi aku mendapat kejutan dengan kemunculan Joe dihadapan rumahku. Tersengih-sengih wajahnya melihatku membukakan pintu pagar rumah kami. Joe, antara penghutang terbesar yang mengoyakkan poket suamiku pada setiap bulan. Amirul ketika itu masih dikamar, membaca sepipi dua Al-Quran seperti kebiasaannya. Aku turun lebih awal untuk menyiapkan hidangan untuk makan malam kami. Sebaik sahaja aku melihat Joe di pagar dari tingkap rumah kami yang terus menghadap pagar, serasa mahu sahaja aku membiarkan dia diluar itu dengan menganggap dia tidak wujud disitu. Namun aku tahu natijahnya, suamiku akan meleteriku panjang tentang adab dengan tetamu dan sahabat. Tanpa rela ku sangkutkan juga tudung dikepala dan menuju ke pagar rumah, membuka mangga pagar.

"Amboi! Awal-awal dah kunci pagar macam takut orang nak datang kutip hutang." Gurau Joe.
"Hmm...bukan takut orang datang kutip hutang, takut orang datang nak berhutang saja." Bidasku sinis segera berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Joe terdiam, senyumannya terus mati. Hah! Rasakan bisa mulutku.


Usai mengemas meja makan, aku segera masuk ke bilik menunaikan solat Isyak. Amirul masih diruang tamu berbual rancak dengan Joe. Malas aku mahu turut serta, sembang lelaki, kereta dan bola. Merimaskan.

Lamunanku terhenti apabila pintu bilik dikuak, suamiku masuk tersenyum-senyum. Dia duduk dihujung katil, menguis-guis kakiku. Amboi baiknya. Mesti ada muslihat ni.
"Joe dah balik ke? Tak dengar pun bunyi kereta dia." Tanyaku bersahaja, terus membelek majalah Harmoni yang baruku beli semalam.

"Ada kat bawah lagi. Layan cerekarama."
"La. Abang naik atas buat apa? Pergilah teman Joe kat bawah. Saya okey la."
"Sayang, ada cash tak?"
"Abang nak buat apa?"
"Joe..."
"Kalau untuk abang Mira tak kisah, tapi nak bagi Joe maaflah ya. No way!" kataku tegas.
"Sayang dengarlah dulu. Abang suruh dia beli barang kereta hari tu tapi tak bagi duit. Dia datang hari ni hantar barang abang pesan la. Kalau abang tahu dia nak datang hari ni, awal-awal abang keluarkan duit tadi. Bolehlah sayang pinjam ya? Esok abang bayar balik. Okey?" Panjang lebar Amirul meyusun ayat memujukku. Aku mula lemah dengan alasan dia. Mataku masih ditalakan pada baris perkataan didalam majalah.
"Bukan ke dia banyak berhutang dengan abang? Suruh dia tolak hutang sudahlah. Settle!" Aku masih bertegas.
"Joe tak ada duit sekarang ni yang, seminggu dua ni asyik outstation je. Duit klaim tak dapat lagi tu, esok dia kena pergi Pahang pula. Tolonglah, yang. Kalau abang tak suruh dia belikan barang tu, mesti dia boleh pusing duit lagi untuk pergi Pahang tu. Abang malas nak keluar dah malam-malam ni ambil duit." Sungguh-sungguh suamiku membela sahabatnya itu. Aku mencebik bibir. Buntu. "Tak apalah sayang tak nak tolong, abang keluar sekejap. Kalau jadi apa-apa kat abang nanti, sayang maafkan semua salah abang, jangan sedih-sedih, jaga diri elok-elok tau. Abang pergi dulu."

Hish! Apalah yang dimelalutkan suami aku ni. Nak jadi apa? Pergi ATM sekejap je kot. Eh! Kejap. ATM, malam-malam. Sekarangkan banyak kes rompak dan bunuh dekat mesin-mesin ATM.TIdakkkk!

"Abang...kejaplah." panggilku.
"Ya, sayang. Kenapa? Nak pesan apa-apa ke abang nak keluar ni?" Selamba suamiku berkata dan ayat keluar tu bagai sengaja ditekankan pula. Aku sudah menuruni katil, menuju ke arah almari.
"Kenapalah abang ni baik sangat?" ngomelku saat mengeluarkan dompet dari beg tanganku.
Melihatkan dompet ditanganku, Amirul segera menghampiriku.
"Abang tahu sayang sayangkan abang. Abang pun sayangkan sayang." Amirul bermulut manis. Hidungku ditarik. Aku cepat-cepat menarik muka.
"Nak berapa ni?" tanyaku dingin.
"RM250."
"Nah!" Aku menghulurkan wang yang diminta dengan muncung dibibir. Geram. Mudah betul aku dimanipulasikan olehnya.
"Terima kasih, sayang. Cantiknya muncung tu, abang cium baru tahu."
"Abang ni!" aku menghadiahkan beberapa cubitan diperut suamiku.
"Dahlah sayang, esok kita keluar ya, abang belanja makan aiskrim okey. Tak mahu merajuk-merajuk lagi." Pujuk Amirul. Aku buat-buat tidak mendengar pujukannya itu, cepat-cepat kembali membenamkan diri dikatil. Menarik selimut menyelubungi diri sebagai tanda protes atau merajuk. Sebelum turun, Amirul sempat menghampiriku dan memberikan kucupan di dahi dan pipiku. Aku memejam mata serapat-rapatnya, malas mahu melihat wajahnya.
"Selamat malam sayang. I love you."

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup kembali. Aku membuka mataku meraba pipi dan dahiku yang dicium Amirul. Dia memang tak pernah lupa. Selama perkahwinan kami, dia amat menjaga perasaanku dan bersabar dalam melayan rajukku yang tak pernah habis ini. Aku bersyukur memiliki dia sebagai suami. Terima kasih Ya Allah.

No comments:

Post a Comment